TERMA & SYARAT SHAHMIE TRAVEL & TOURS SDN BHD

1.0 PROSEDUR TEMPAHAN

  • 1.1 Mengisi borang tempahan beserta tandatangan dan menyerahkan kembali ke pejabat atau secara e-mel kepada:
    • Pakej Tour : sales@shahmietravel.com.my
    • Pakej Umrah : umrah@shahmietravel.com.my
  • 1.2 Semua dokumen berkaitan perjalanan hendaklah diserahkan kepada pihak Shahmie Travel & Tours selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh perlepasan.

2.0 TERMA BAYARAN

  • 2.1 Pakej Tour (Persendirian)
    • 2.1.1 Deposit ATAU bayaran penuh diperlukan tertakluk kepada terma bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengendali selepas menerima pengesahan tempahan.
  • 2.2 Pakej Tour (Berkumpulan)
    • 2.2.1 Bayaran deposit RM500.00 seorang diperlukan semasa membuat tempahan.
  • 2.3 Pakej Umrah
    • 2.3.1 Bayaran deposit pertama RM500.00 seorang diperlukan semasa membuat tempahan.
    • 2.3.2 Bayaran deposit kedua RM1,000.00 seorang hendaklah dijelaskan 90 hari sebelum tarikh penerbangan.
  • 2.4 Baki ATAU bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya kami tidak menerima bayaran penuh dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Shahmie Travel & Tours berhak membatalkan tempahan dan bayaran deposit tidak akan dikembalikan serta hangus.
  • 2.5 Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai / Deposit Tunai / ‘Online Transfer’ ke akaun bank berikut:
    • Nama Akaun : SHAHMIE TRAVEL & TOURS SDN BHD
      Nama Bank : MAYBANK (TTDI BRANCH)
      Nombor Akaun : 5642 7651 2763
  • 2.6 Sila lampirkan atau e-mel slip bayaran setelah pembayaran dibuat.
  • 2.7 Bayaran secara kad kredit / debit diterima dengan caj 2% akan dikenakan daripada jumlah bayaran yang dibuat.

3.0 TERMA PERUBAHAN, PEMBATALAN, DAN & “NO SHOW”

  • 3.1 Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan secara bertulis tentang sebarang perubahan dan pembatalan. Notis perubahan dan pembatalan akan dianggap telah diterima selepas pengesahan dari Shahmie Travel & Tours.
  • 3.2 Pakej Tour (Persendirian)
    • 3.2.1 Sebarang perubahan tidak dibenarkan selepas menerima pengesahan tempahan daripada pihak pengendali. Sekiranya berlaku perubahan, tempahan akan dianggap terbatal dan semua bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan serta hangus.
  • 3.3 Pakej Tour (Berkumpulan)
    • 3.3.1 Sebarang perubahan kali pertama dibenarkan tanpa sebarang caj dan Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 61 hari dari tarikh pelepasan asal. Shahmie Travel juga hendaklah dimaklumkan tentang perubahan baru tersebut dalam tempoh 14 hari selepas notis perubahan dibuat.
  • 3.4 Pakej Umrah
    • 3.4.1 Sebarang perubahan kali pertama dibenarkan tanpa sebarang caj dan Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 91 hari dari tarikh pelepasan asal. Shahmie Travel juga hendaklah dimaklumkan tentang perubahan baru tersebut dalam tempoh 07 hari selepas notis perubahan dibuat.
  • 3.5 Sekiranya berlaku perubahan kali kedua, tempahan akan dianggap terbatal dan deposit tidak akan dikembalikan serta hangus.
  • 3.6 Sekiranya tempahan yang disahkan dibatalkan sepenuhnya / sebahagiannya oleh peserta, caj pembatalan akan dikenakan seperti berikut:
  • 3.6.1 Pakej Tour (Berkumpulan)
  • 61 hari sebelum tarikh perlepasanPengembalian deposit dan tertakluk kepada caj pentadbiran RM200/pax
    31 – 60 hari sebelum tarikh perlepasanDeposit tidak dikembalikan dan hangus
    30 hari sebelum tarikh perlepasanCaj 100% dari harga pakej
  • 3.6.2 Pakej Umrah
  • 91 hari sebelum tarikh perlepasanPengembalian deposit dan tertakluk kepada caj pentadbiran RM200/pax
    61 – 90 hari sebelum tarikh perlepasanDeposit pertama tidak dikembalikan dan hangus
    31 – 60 hari sebelum tarikh perlepasanSemua deposit tidak dikembalikan dan hangus
    30 hari sebelum tarikh perlepasanCaj 100% dari harga pakej
  • 3.7 Sekiranya peserta “No Show”, tiada bayaran balik sepenuhnya atau sebahagiannya akan diberikan untuk perkhidmatan dalam program yang tidak digunakan.